Tuesday, 13 February 2018 |

النصيحة

Kisah Luqman disebut di dalam Al-Quran dengan satu surah khas di atas namanya. Nasihat-nasihatnya menjadi hikmah kepada semua yang bergelar anak.
Berikut adalah nasihat-nasihat penting Luqman kepada anaknya yang boleh dijadikan panduan kepada kita semua:

Membuang Sifat Angkuh Dan Menyemai Kerendahan Hati

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.”Surah Luqman:18
Sifat angkuh atau takbur adalah sifat yang amat tercela. Seseorang yang takbur sering merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain dan memandang rendah terhadap mereka.
Mereka mudah sahaja berasa marah untuk hal-hal kecil kerana merasakan dirinya sempurna daripada kesilapan.
Itulah sebabnya Allah membalas mereka yang bersifat angkuh walaupun sekadar atom ke dalam api neraka.
Ingatlah sesungguhnya sifat sombong dan kebesaran itu adalah hak mutlak Allah s.w.t yang telah menciptakan alam ini. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.”Surah Luqman:19

Tunaikan Solat, Lakukan Kebaikan

Nasihatilah anak-anak agar isitqamah dalam amal kebaikan tanpa mengira besar atau kecil kebaikan itu. Ini kerana setiap satu kebaikan tanpa mengira besar atau kecilnya ia tetap akan dibalas oleh Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
(Luqman berkata):“Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi,dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasnya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.”Surah Luqman:16    
  Di dalam solat, kita berinteraksi dengan Allah, maka Allah dirasakan begitu dekat      dengan diri kita. Solat itu pula bukanlah dilakukan sekadarnya.

“Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).Luqman:17
Tuesday, 6 February 2018 |

Harapan



                                                  "Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
                                                         padahal ia amat baik bagimu
                                                 dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,
                                                         padahal ia amat buruk bagimu,
                                                  Allah mengetahui,sedang kamu tidak
                                                                     mengetahui."
                                                               - Al-Baqarah:216 -

                           
                                                                            ***

Jangan bersandar pada lalang,dan
jangan bergantung pada awan.

Dunia ini hanya senda gurau.
Dunia ini cuma tempat persinggahan.
Dunia ini penuh dengan cubaan dan
ujian.

Dan ujian itu takkan pernah berhenti.

Percayalah.
Saat kau ditimpa kesusahan ataupun
menikmati kesenangan,tiap satunya
mempunyai ujian tersendiri.

Jangan pernah berhenti berdoa.Jangan
pernah berhenti berusaha.

Jangan biarkan masalah kau jadi batu
pemberat untuk kau terus bergerak ke
hadapan.

Dan bilamana kau fikir kau
keseorangan,percayalah yang kau
masih ada Tuhan.

Letakkan sepenuh harapan kau pada
Tuhan.
Sesungguhnya,Allah berada dalam
sangkaan hambaNya.

Kalau kau merancang,Dia juga
merancang.
Dan ketahuilah,perancangan Dialah
yang terbaik.

Dalam hidup,kau tak boleh terlalu
berharap pada semua benda.
Ramai yang kecewa,bila letakkan
pengharapan pada manusia.

Sama juga macam aku.

Kau kena belajar berusaha sendiri.
Tak semua ada dengan kau untuk
tolong kau.
Tak setiap masa ada orang untuk
teman kau.

Sedangkan mak ayah dan anak pun
ada masa untuk berpisah.
Kau kena jaga diri kau sendiri,
tanpa mak ayah kau.

Guru dengan pelajarnya pun
ada masa berpisah.
Kau kena study sendiri,apa yang
mereka ajar.

Suami isteri pun tak terkecuali.
Bukan 24/7 ada bersama-sama.
Saat tu,masing-masing kena tahu
batasan diri.
Takut-takut datang orang ketiga.

Maka simpanlah Allah dalam hati.
kerana dia tak jauh dari kita.

Setiap manusia ada pelayar.
Kau adalah nakhoda bagi kapal kau.

Setiap orang ada cerita pelayaran
mereka yang tersendiri.
Setiap orang ada destinasi yang
tersendiri.
Setiap orang ada cara mengawal
kapal mereka.

Maka jangan kau perlekehkan mereka.
Sebab hala tuju kita lain-lain.
Hala tuju yang sama cuma mungkin
syurga.
Dan laluan ke syurga setiap orang lain-
lain.

Bahagia setiap orang tak sama.

Ada yang bahagia bila berjaya dalam
peperiksaan.
Ada yang bahagia bila kenyang makan
coklat.
Ada yang bahagia bila lepak dengan
kawan.
Ada yang bahagia bila dapat rumah
besar,kereta mewah.

Ada yang bahagia,bila orang yang kau
sayang,sayang kau balik :)

Haraplah pada ilahi.Kerana dia yang
punya kuasa.
Tanpa izinNya,takkan ada benda yang
akan terjadi.

Ingatlah,hati manusia dipegang oleh
Maha Pencipta.
Meskipun kau cuba sedaya upaya,
tak menjamin,kau bahagia.
Kerna pada akhirnya,yang setia cuma
Dia.

Maka aku letakkan sepenuh pengharapan
pada Dia.
Moga dia pegang hati kau dan aku.
Moga dia tak bolak balikkan hati kita.

Aku biarkan rasa itu,menjadi rahsia
antara aku dan Dia.
Setia merindui,bertemu dalam doa.

Semoga sentiasa dilindungi.

"I only stop loving you,when
 the time Allah take the love
        away from me."